Tuesday, May 27, 2008

Tok Janggut (Haji Mohd Hassan Bin Munas (1853-June 25,1915)


(Gambar di atas bukan untuk mengaibkan Allahyarham, namun untuk mengambarkan apa yang dibuat oleh penjajah - termasuk talibarut Melayu yang mengaku Islam kepada jenazah beliau. Semoga rohnya bahagia di dalam peliharaan Allah senantiasa)

Pasir Puteh menjadi saksi,
Satu kebangkitan perjuangan suci,
Jihad besar menentang British,
Keredhaan Illahi matlamat ditujui,
Biar terhina di bumi sendiri.

Jasadmu rebah di Kampung Pupuh,
Di arak sekeliling Kota Bharu dan Pasir Puteh,
Di hina, dikeji, dicaci dan dimaki,
Digantung jasadmu yang longlai seberapa hari.

Dirimu tak rela bangsa dijajah,
Dicatur dan disusun semahunya oleh penjajah,
Kau dikhianati bangsamu sendiri,
Namun tercapai citamu menjadi syuhadah,
Bukan kepalang ganjaran tuhanMu menanti.

Pasir Pekan menjadi tempatmu bersemadi,
Kerana semangatmu yang tak pernah padam,
Mendaulatkan agama dari tercemar,
Oleh penjajah bangsat dan banjingan-banjingan.

Mereka ketawa berdekah-dekah,
Melihat jasadmu tiada bernyawa,
Sangka mereka dirimu telah mati,
Dan mereka bersorak kerana tiada lagi galang gantimu,
Yang akan menghalang kerja keji mereka.

Namun, ternyata mereka salah,
Rohmu megah tersenyum disisi tuhan,
Tetap hidup andainya mereka tahu
Mendapat rezeki dan nikmat selamanya
Sedangkan mereka akan meraung
Di bakar sang neraka Jahannam.

Ayuhai si syahid Tok Mat Hassan,
Gelaranmu Tok Janggut yang digeruni lawan,
Semangatmu akan terus mengalir,
Kepada kami anak cucumu kini.

Tok Hassan,
Perjuanganmu tidak sia-sia,
Menjadi pelita penyuluh kami,
Titis-titis perjuanganmu
Mengharum sepanjang zaman,
Syahidmu dunia akhirat
Jannatul naim ganjaran terhebat.


Tuesday, May 20, 2008

Perjalanan Mencari Melayu Sejati

Sesungguhnya Melayu itu bukanlah bangsa yang layu, yang lemah, yang mudah lupa. Melayu itu satu bangsa yang hebat. Satu masa dahulu menguasai nusantara ini. Melayu satu bangsa yang gagah, disegani kawan dan lawan, yang masyhur seluruh dunia. Melayu pengembara yang hebat, Melayu penjelajah yang cekal, Melayu pedagang yang menguasai ekonomi. Lalu mengapa Melayu menjadi seperti kini ?

Kisah satu perjalanan mencari kembali jati diri Melayu. Menyorot zaman-zaman kegemilangan dan kegagahan melayu suatu masa dahulu. Tidak kenal bangsa sendiri, itulah puncanya melayu layu. Apabila jati diri dijumpai, maka sebahagian diri yang cekal diasah kembali.